" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





mr.photographer 1}
Thursday, December 24, 2009 | 9:34 AM | 0Comment

“Nayli, rombongan dah sampai ke?!” Tanya Fityah dari dalam rumah.

“Dah. Jom la. Bawak kamera sekali.”

Fityah mencapai kamera di atas rak dan bergegas memakai seliparnya. Dia tidak mahu terlepas untuk mengabdikan kenangan terindah dalam hidup abang sepupunya itu. Fityah berlari-lari anak kearah Nayli dan Lutfi. Lutfi awal-awal lagi telah ‘dicop’ oleh abang Emri untuk menjadi pengapitnya untuk majlis sambut menantu hari ini.

“Mana pengantinnya? Cakap dah sampai tadi.” Matanya melilau-lilau mencari kelibat abang Emri dan suri hatinya sejak seminggu lalu, kak Hani.

“kejap lagi sampai lah tu. Tadi abang Emri call aku. Dia cakap dia dah sampai dekat masjid. Sabar la sikit.”

“Ish penat je aku lari tadi. nasib baik aku tak jatuh dalam lopak air tadi. kalau tak arwah la kamera kau ni Lutfi.” Bebel Fityah tak puas hati

“kau jangan buat main ngan kamera tu Fit. Kalau kamera tu arwah, kau pun arwah sekali la jawabnya. Aku beli guna duit gaji aku tu. Tak makan aku sebulan tau tak sebab aku nak beli kamera tu.” Ugut Lutfi. Dia memang sayang dengan kamera DSLR Sony yang baru dibelinya lebih kurang dua bulan itu.

“Eleh tak makan konon. Huh! Aku tengok badan kau makin naik je. Tinggi je tak naik-naik.”

“Fit! Bab tinggi-tinggi jangan sebut ye. Sakit telinga aku ni dengar tau tak.”

“opssssie. Aku tersengaja sebut la pulak” balas Fityah dengan nada yang amat menyakitkan telinga sesiapa saja yang mendengarnya.

“aku tak bagi kau guna kamera tu baru kau tau.” Ugut Lutfi

“alamak touching la pulak kau ni. Okey okey. Aku mintak maaf. Lain kali aku buat lagi. Hehe.” Fityah masih mahu mengusik Lutfi.

“ish korang ni. Boring la aku. sejak bila korang pandai gaduh-gaduh manja ni. Saja nak buat aku jeles.”

“Ala Nayli, relex arr. Tak hingin aku dengan mamat kerek kau ni. Lutfi pas ni kita jangan kawan lagi. Kita gaduh serius pulak pas ni ye.” Ujar Fityah sambil mengeyitkan mata ke arah Lutfi.

“ada-ada je la kau ni Fit. Aku tak kisah pun kau nak kawan dengan mamat kerek ni.”

“sayang!” Lutfi kegeraman kerana Nayli turut sama mengenakannya.
“kau tengok tu Fityah, nak merajuk la tu.”

“meh aku pujuk kau yer Lutfi.”

“korang ni kalau dah jumpa memang aku jadi mangsa la kan. Nyampah nyah.”

“haha. Sebijik macam nyah kat lorong kunyit sana. Haha” tergelak besar Fityah dengan gaya lembut yang dibuat oleh Lutfi. Nayli hanya mencebik melihat kelakuan teman lelakinya itu.

“eh tu pun diorang dah sampai.” Tunjuk Nayli.

“mana kasut kau Lut? Ada ke patut pakai selipar jamban kau ni.” Matanya memandang kearah kaki Lutfi.

“lecak la. Rosak kasut aku nanti. Lagipun bersanding dalam rumah kan. Kena cabut jugak nanti.”

“pape je la nyah. Dah la. Baik kau gi ready kat sana.”

“Fit kau dah bagitahu orang kat rumah tak yang rombongan dah sampai?” Tanya Nayli

“alamak! Belum lagi la. Tak sempat tadi.”

“kalau cam tu aku aku gi beritahu diorang dulu la.” Fityah hanya mengangguk. Nayli berlari-lari anak pulang ke rumah.