" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





mr.photographer 2}
Monday, February 1, 2010 | 6:10 AM | 1Comment

Sudah seminggu majlis sambut menantu abang Emir berlalu. Majlis itu berlangsung dengan meriahnya. Walaupun hari hujan tetapi masih ramai tetamu yang sanggup turun untuk memeriahkan majlis itu. Pak Teh dan Mak Teh tersenyum kerana majlis yang dirancang berjalan dengan jayanya. Si pengantin juga tersenyum gembira. Tampak berseri-seri wajah mereka. Fityah juga tidak kurang gembiranya. Gembira kerana sudah lama dia tidak merasa suasana meriah begini. Benar, sudah lama keluarga mereka tidak menerima kedatangan orang baru.

“Nur Fityah Faqiha!!!” jerit Puan Kamila.

Manalah budak ni pergi. Panggil tak berjawab. Nak kata keluar tak jugak. Ada je kereta kat luar tu.

“Ye ma”

“kamu pergi mana Fit. Puas mama panggil. Nak kena panggil nama penuh ke baru nak menyahut.” Bebel Puan Kamila. Fityah hanya tersengih-sengih memandang mamanya.

“ala ma, sorry la. Fit pergi bank jap tadi.” Puan Kamila mengerutkan dahinya.

“pergi bank? Bila masa pulak Fit keluar? Mama tak dengar bunyi kereta pun”

“ala ma, bukan semua bank kena pergi naik kereta. Bank yang Fit pergi ni ada dalam rumah ni je. Tak payah nak start-start kereta pun.” Fityah makin seronok mengenakan mamanya. Puan Kamila pula semakin pening dengan jawapan Fityah.

“Bank dalam rumah?” Tanya Puan Kamila tak puas hati.

“Aah bank dalam rumah a.k.a toilet ataupun…” belum sempat Fityah menghabiskan ayatnya dia teras telinga ditarik oleh seseorang.

“Budak bertuah ni. Kita tanya betul-betul dimain-mainkan kita pula. Geramnya…”

“sakit la ma. Ampun ma, esok-esok Fit buat lagi. Lepas la ma.”

“Fit..Fit, umur dah masuk 22 tahun pun perangai macam budak tadika lagi” Puan Kamila menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Ala bila Fit dengan mama je perangai Fit bertukar jadi macam budak tadika. Hehe… at luar Fit matured tau, sampai boys kat luar sana taku nak ngorat Fit..” Fityah memeluk mesra bahu mamanya. Terasa damai di hati bila dia berbuat begitu.

“Manja mengalahkan Ellen. Tak malu ke Ellen tengok tu?” Puan Kamila mengerling ke arah anak bongsunya Ellen Wirdani yang terkebil-kebil melihat kakaknya itu.

“biar la die nak jeles pun…hehe. Nape mama cari Fit tadi?” Fityah masih tak mahu mengalah.

“ha, nasib baik Fit ingatkan mama. Kejap lagi mama nak keluar dengan mak lang kejap….”

“pergi mana? Buat apa?”

“ish anak dara ni. Dengar la mama habis cakap dulu. Selalu aje nak potong cakap mama.”

“sorry ma. Oke-oke ma go on please.’

“mama nak pergi Dungun kejap. Mak lang nak cari barang tuk majlis Aya nanti. Fit duk rumah ye, jaga Ellen.”

“ala ma, Fit nak ikut…”

“Fit nak buat apa ikut. Bukan kerja Fit la. Baik Fit duk rumah kemas-kemas apa yang patut”

“kan dah kemas ni. Ala Fit nak jalan-jalan gak ma. Boring la duk rumah je. Boleh la ma. Boleh ye…please…..”

“ermmm…yela yela. Tapi Fit kene janji dengan mama tolong…”

“tolong tengokkan Ellen kan”

“tengok tu. Potong lagi mama cakap. Ish.. tak makan saman betul la Fit ni.”

“memang la Fit tak makan saman ma. Fit kan makan nasi. Hehe.”

“ish budak ni.” Puan Kamila cuba untuk mencubit anaknya itu tapi Fit sempat melarikan diri dan tersengih-sengih kepada mamanya.

“Fit pergi tukar baju dulu ye ma!”

“eh, Fit pagi tadi ada parcel sampai. Tuk Fit. Mama dah letak atas meja dekat depan tu.”

“parcel? Siapa yang kirim ma?” tanya Fit pelik. Serasanya dia tidak ada membeli apa-apa.

“mana la mama tau. Mama tolong ambil je tadi”

“okey la. Thanks ya ma.”

Fityah bergegas mendapatkan parcel yang terletak di atas meja di ruang amu rumahnya. Mindanya ligat berfikir siapakah gerangan yang menghantar parcel itu. Sampai di biliknya, tanpa membuang masa Fityah terus membuka parcel itu. Hampir pecah jantungnya melihat isi kandungan parcel itu.

“what the heck!” tanpa sedar Fityah menjerit. Terasa kembang saluran darahnya melihat isi kandungan parcel itu.

“Fit, nape jerit-jerit tu? Dah siap belum?!”

“tak ada pape ma. Jumpa lipas tadi. Fit terkejut je. Jap Fit nak pakai tudung.”

Hati Fityah masih lagi terkejut dengan kehadiran parcel yang diterimanya itu. Pemergiannya ke Dungun seakan tidak mendatangkan apa-apa pun. Minda terus berfikir dan berfikir siapakah orang misteri yang Berjaya memporak-porandakan harinya itu. Puan Kamila yang perasan dengan perubahan anaknya itu hanya memerhati dari jauh. Tiada niat untuk bertanya kerna dia tahu Fityah sendiri yang akan bercerita dengannya. Jarang anaknya itu menyembukan apa-apa darinya. Sepanjang perjalanan pergi dan balik Fityah hanya diam sahaja. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. Tidak seperti kebiasaannya.