" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





mr. photographer 3}
Monday, December 27, 2010 | 9:52 AM | 0Comment

~Lokasi: SnapShoot Studio~

"Zal, gambar wedding Iman last week dah siap ke?" tanya Haq sambil membelek-belek Nikon DSLR kesayangannya

"Ada satu roll lagi belum cuci, aku nak susun gambar wedding Emir ni dulu. Kejap lagi dia nak datang ambil."

"Oh... Zal aku nak tanya something boleh tak?"

"Sejak bila kau pandai minta permission pulak ni. Biasanye aci redah je" ujar Faizal sambil ketawa kecil

"Boleh ke tak ni?" Haq sudah kegeraman dengan gelagat Faizal.
Banyak songeh pulak dia ni.

"Ok. Shoot"

"errr...."

"Yang kau tergagap-gagap ni kenapa?"

"macamane eh nak pikat perempuan?"

"WHAT!!! Kau boleh ulang tak soalan kau tadi? Pendengaran aku ni macam kureng sikit hari ni" Terkejut Faizal mendengar soalan Syahimi. Ajaib. Selama berkawan dengan Syahmi ni rasanya kali pertama dia mendengar soal sebegitu keluar dari mulut Syahmi.

"Aku tanya macamane nak pikat P.E.R.E.M.P.U.A.N! Kau ni ade masalah pendengaran ke? Nak aku belikan hearing aid ke?"

"Bukan pe. aku ingat aku salah dengar tadi. hehehe... sejak aku kawan dengan kau ni first time aku dengar soalan macamni dari kau. Tu yang aku suruh kau repeat balik. hehehe"

"hah! cepat lah jawab"

Faizal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Siapakah gerangan si gadis yang membikin hati En. Haq tidak keruan itu?"

"Jawapan yang bukan jawapan. Aku tanya lain la ngok and please jangan kau nak berpuitis bagai kat sini ye. Loya aku dengar tau tak."

"kau ingat senang ke nak pikat perempuan ni?"

"kalau senang takde la aku tanye kau samdol oit."

"kau nak aku tolong ke tak?"

"nak la unta!"

"so sila jawab soalan aku, Haq tenuk" Faizal memulangkan paku buah keras.

"pe die?"

"sape perempuan tu? aku kenal ke?"

"tak."

"tak?"

"aku tak tahu."

"tak tahu?"

"aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku. Kau pun tak kenal dia, puas hati?"

"Kau tak kenal dia?"

"aku tak tahu dia macam mane. Aku baru jumpe dia sekali."

"Kau ni biar betul Haq."

"Betul la. Takdenye aku nak main-main. Aku jumpa dia masa wedding Emir kat Terengganu hari tu. Dia cousin Emir."

"Love at the first sight la ni. hohoho... miracle nih. Aku salute la minah tu sampai boleh buat kau angau camni."

"minah tu ada nama okeh."

"Mane la aku tau nama dia, so aku panggil minah je la. Uish kau jangan la tengok aku camtu. Serammmm siot, hahaha."

"Nur Fityah Faqiha Bt Zakri. Her family call her Fit"

"Siapa tu?"

"cousin Emir tu la"

"umur?"

"23"

"hobi?"

"snap pictures like me" Haq tersenyum bangga.

"profession"

"fresh graduates, jobseeker."

"phone number?"

"017... eh apesal kau nak tahu phone number dia pulak?"

"Whoa... impressive. Aku tak sangka kau boleh buat research pasal dia. Detail tu. Siapa informer kau ni? Emir ke?"

"Emir? kau jangan nak buat lawak la. takkan la Emir nak bagi tahu aku semua tu. Aku tanya adik dia je. Bagi upah habis cerita, hehehe."

"Good job dude. Sebelum takle kakak kene la takle adik dulu. Kumpul supporter dulu. Aku rasa aku kenal la si Fit ni. Kau tunggu sini. Jangan gerak seinci pun."

"Eh, kau nak pergi mana pulak tu."

"alah tunggu je la."

selang beberapa minit

"eh, ni gambar wedding Emir hari tu. Buat pe kau bawak sini?"

"senyap boleh tak? kau ni da macam nenek aku dah."

"siot je cakap aku camtu. unta betul la kau ni."

"jeng jeng jeng. Ni budak Fityah tu kan?"

"aah. So..."

"aku ingat budak ni sebab hari tu die sibuk je nak berebut dengan aku nak ambil gambar Emir. Interesting girl."

"so?"

"Kau jangan risau. Aku akan tolong kau pikat dia."

"kenapa kau baik semacam je ni?"

"aku memang baik pe. Kau ni macam tak kenal aku lagi je."

"sebab aku cukup kenal kau la aku tanya ni. hahaha"

"siot je kan kau"

"touching la pulak kau ni"

"tolong sikit eh. Wa tak main la touching-touching ni. Tak jantan beb."

"jantan la sangat. Eh dah pukul 3.00 ni. Aku chow dulu la"

"Kau photoshoot kat mana nih?"

"Taman Tasek."

"masuk studio balik tak?"

"tak kot."

"kau takde pesanan pape ke?"

"pesanan pe?"

"pesanan tuk bakal abang sepupu kau la?"

"bakal abang sepupu aku?"

"Emir la tenuk."

"ohh,,, Kirim salam je la kat Emir tu yerr En. Faizal unta"

"Aima, saya punya photoshoot dekat Taman Tasek kan? pukul 4.oo kan?"

"Yes En. Haq"

"Just to confirm it. Saya rasa saya dah tak masuk studio tuk hari ni. Kalau ada call please take note ya. See you tomorrow."

"Baik En."

"and one more thing make sure from this thursday till monday saya takde photoshoot ye. Saya cuti. Kalau ada apa-apa just rujuk dengan En. Faizal ye"

"okey, boss"

"thanks." Haq melemparkan senyuman ke arah Aima.

Terengganu wait for me, Faqiha wait for me. Haq senyum dan terus tersenyum. Bahagianya di hati hanya Tuhan yang tahu.